POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Allah Yang Maha Memotivasi

Edited By NKS On Saturday, June 27, 2009 0 Komen

Example showing  Nastaʿlīq  's proportional rules.Image via Wikipedia


Setiap kali diberi ujian dalam pelbagai bentuk pasti Allah menurunkan hikmah yang berharga disebaliknya. Adakalanya manusia lambat untuk menyedari betapa kasihnya Tuhan kepada dirinya itu. Oleh itu manusia sering menyalahkan apa yang boleh dicapainya tanpa menyedari sepenuhnya perhatian Tuhan kepadanya.

Allah Memang Beri Motivasi. Walau berkali hamba itu derhaka kepada-Nya namun tak jemu dipanggil kembali ke sisi-Nya untuk diberi kesempatan menilai kembali diri, membetulkan kesilapan dan kesalahan. Diberi khabar gembira bagi yang kembali ke pangkal jalan dan diberi peringatan berupa balasan buruk bagi yang ingkar.

Bukan Tuhan sengaja menggertak namun ia adalah berupa had yang menghalang manusia dari terus binasa. Ia adalah pagar yang membenteng manusia dari terus terjerumus ke dalam gaung yang bisa merosakkan.

Bila manusia sudah jauh dengan Tuhan, ditarik manusia kembali agak dekat dengan-Nya. Diberi semangat, diberi petanda rahmat-Nya. Diberi keyakinan berupa harapan agar manusia boleh jadi lebih baik. Dengan demikian , Jadilah manusia terpimpin dan terurus.

Reblog this post [with Zemanta]
| edit post

Kuasai Doa Sendiri

Edited By NKS On Thursday, June 25, 2009 1 Komen

“Boleh doakan saya?” Pinta seorang kenalan. ” Insyaallah, saya doakan awak.” Balas kita dengan ucapan yang meyakinkan.

Ungkapan begini biasa kedengaran. Pernahkah kita fikir kembali, Ada benarkah kita didoakan ataupun kita akan mendoakan orang yang kita janjikan dengan doa-doa kita? Tanda-tanda soal inilah yang perlu kita jawab.

Alhamdulillah, jika kita termasuk dalam orang orang yang sentiasa mendoakan orang lain. Syukur juga bila kita termasuk pula dalam orang orang yang mendapat bahagian doa dari orang

berdoa di langitImage by Riky Kurniawan via Flickr

lain. Paling elok, terus sajalah doakan untuknya bila kita diminta berbuat demikian. Bukankah elok tidak bertangguh-tangguh pada perkara sebegitu? Pada masa dan pertemuan yang baik , Dengan izin-Nya, Rahmat tercurah. Doa pula dimakbul dengan segera. Kalau bukan dalam masa yang terdekat pun, ada kemungkinan Tuhan gantikan dengan yang lain. Sama ada dosa dihapus, diberi kesihatan, ketenangan dalam hidup atau dinaikkan martabat. Siapa yang tahu?

Memang lain yang akan kita rasa, bila buat begitu. Berdoa di depan orang yang didoakan. Tapi kenalah betul-betul dan ikhlas gayanya. Bukan menunjuk-nunjuk, Doa itu menjadi sebagai penggalak dan semangat dalam bentuknya yang tersendiri. Terkadang kita boleh lihat reaksi dan air muka mereka yang didoakan.

Saya menulis di sini sebagai seorang guru. Guru yang baik pasti ada doa untuk anak didiknya sendiri. Sekali sekala , zahirkanlah doa itu di hadapan anak anak yang dididik. Kalau boleh, seorang demi seorang. Perasaan suka, bangganya bukan kepalang lagi anak itu bila dia mendengar doa yang dilahirkan, adalah dituju kepada dirinya sendiri. Tambahan lagi jika anak tersebut terdiri dari yang agak lemah dan ketinggalan dalam pelajarannya, Nah! siapa sangka, dengan izin Allah yang Mendengar, Menerima dan Mengabulkan doa-doa, mustajabnya doa kita di waktu itu?, bukankah bahagianya orang yang mendoakan dan yang didoakan. Dua-dua dapat kebajikan dan kebaikan.

Doa tidak semestinya panjang dan meleret-leret. Cukup pun hanya datang dalam dua tiga ayat sahaja. Misalannya, “Terangkan Hati Nazim”, “Fasihkan Lidah Afiq” bahkan, “Cerdaskanlah Hidayah!”. Walau sedikit sangat, itulah yang nyata paling difahami anak anak ini. Sekurangnya dia tahu gurunya SEDANG mendoakannya. Barulah timbul semangatnya untuk belajar dengan lebih baik. Kita pun tak susah nak mengajar. Berkat doa yang dizahirkan walau hanya dalam dua, tiga patah kata itu.

Reblog this post [with Zemanta]
| edit post

Sekupang Duit Yang Hilang

Edited By NKS On Monday, June 22, 2009 0 Komen

Coins!Image by dichohecho via Flickr

Apa yang kita buat dengan wang yang kita terjumpa. Alah! setakat sepuluh sen , Tak akan lah tuan dia tak reti nak halalkan kot ?!

Ya benar itu adalah andaian. Namun bagaimana telahan yang kita cuba fikirkan untuk memujuk hati kita itu tidak seiring dengan kehendak kita ?

Sepuluh sen yang hilang , walaupun kecil nilainya bukankah membawa hal yang besar. Mengambil hak tanpa keizinan mutlak bukankah mengundang keburukan. Siapa tahu , sepuluh sen yang tidak diperlakukan dengan betul , boleh menjadi sebab musabab kepada perkara yang tidak kita ingini. Nilaian yang kecil itu bisa misalnya sahaja membuat kita kesempitan rezeki , usaha kita tidak menjadi , terhalang nikmat dan sebagainya. Begitu juga dengan sebaliknya , jika kita bertanggungjawab dan memperlakukan barang tersebut betul pada haknya mana tahu , siapa tahu ia menjadi hikmah kepada kebaikan yang turun kepada kita. Diberikan rezeki yang luas , usaha menjadi-jadi , murah rezeki dan nikmat yang melimpah ruah. Hanya kerana sepuluh sen sahaja.

Begitu juga jika nilai wang yang kita terjumpa lebih besar dari sepuluh sen. Makin besar nilainya , makin besarlah tanggungjawab kita. Di Sini Tuhan berhadapan dengan kita. MalaikatNya pula siap siaga mencatit apakah bakal yang kita lakukan. Dimana bahagian kita. Pada Raqib kah atau pada Atid kah? Di mana diri kita yang sebenar semasa ini. Berusaha memulangkannya? Mengambilnya ? atau membiarkannya sahaja. Jika opsyen pertama dan ketiga menjadi pilihan , Mungkin kita tak bermasalah. Tetapi jika kita memilih untuk mengambilnya maka kita sendiri faham dengan diri kita yang bagaimana.

Janganlah kita menjadi seperti golongan yang dimaksudkan oleh Allah dalam firmannya dalam surah Al Mulk Ayat 11

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkat), maka tetaplah jauhNya Rahmat Allah dari Ahli neraka

Ramai manusia menjadi jauh dari rahmat Allah disebabkan perkara perkara yang selalu sangat dianggap remeh , enteng dan alah! mesti dia halalkan punya-lah!

Memang benar situasi dan adat setempat sama sama berhalal jika berlaku perkara yang kita bawakan seperti di atas ,tetapi ambillah sikap berpatut patut untuk diri sendiri , kita lazimkan berhati hati dalam melaksanakan sesuatu perkara. Meninggalkan tidak apa apa kepada apa apa. Tinggalkan perkara yang meragukan kita kepada perkara yang tidak meragukan seperti saranan Nabi s.a.w.

Bila Allah meletakkan kita dalam situasi itu , sebenarnya DIA memberi perhatian kepada kita. Allah beri kita peluang untuk kita jadi lebih baik atau buruk. Pilihan di tangan kita. Adakah kita akan upgrade sikap dan sifat kita kepada lebih baik atau kita terus termasuk dalam kalangan yang merundun iman dan kredebilitinya. Hanya kerana sikap kita yang masih ditahap lama. Tidak mahu update diri sendiri.

Peluang terbuka di hadapan mata. Kita mahu letakkan diri kita dalam bahagian yang mana dan bagaimana. Berbaloikah kita jika terpaksa berdiri beribu-ribu tahun di mahsyar hanya kerana sepuluh sen yang kita godamkan?

Saya suka mendengar pandangan Professor Izi Haji Ali bila dia memperkatakan tentang sikap masyarakat kita tentang :-

Hadis nabi yang bermafhum : Siapa antara kamu melihat kemungkaran , maka cegahlah dengan tangannya (kuasa) , jika tidak termampu maka cegahlah dengan mulut (kata kata yang baik dan nasihat) jika tidak mampu jua maka dengan hati (tidak redha akan kemungkaran tersebut dan disertakan doa) maka itulah selemah lemah iman.

Prof. Izi mengatakan walaupun mungkin ya kita selalu tidak mampu untuk berkuasa dan menasihat, tak kan selamanya kita nak duduk dalam keadaan selemah lemah iman. Saya setuju sangat dengan pandangan yang begitu. Namun yang menjadikan kita kecewa adalah sikap segelintir masyarakat kita sendiri yang terus mengambil tahap dibawah sekali dalam turutan pengajaran dan didikan Nabi s.a.w. dalam hadis di atas. Sikap dan anggapan "Jadi-Le" mestilah dilontar jauh jauh , kerana itu bukan kemahuan kita, itu juga bukan kemahuan Rasul s.a.w. dan yang pastinya itu bukan kemahuan Allah.

Kita perlu cari jalan bertindak dan berusaha untuk menjayakannya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Jika tidak upaya dengan kudrat seorang maka kita datang secara berpasukan. Jadi mana lagi alasan kita untuk duduk di tingkat selemah lemah iman. Jangan lupa bahawa mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah. Bukan pada tenaganya semata, tetapi dari banyak sudut ,seperti fikiran, akal kreatif , semangat , perpaduan , usaha , penyelesaian masalah dan lain lain lagi.

Biarlah kita sendiri bawa diri kita kepada kebaikan. Sayangi diri dengan kebaikan dan kebajikan. Masalah tiada , jiwa pun pasti tenang




Reblog this post [with Zemanta]

Sinetron Indonesia Mengajar Kesabaran Yang Tinggi

Edited By NKS On Sunday, June 21, 2009 2 Komen

AriniImage by azizul hadi via Flickr

Selepas beberapa tahun pulih dari bencana tsunami, Indonesia tampak berubah. Paling ketara dari sudut penghasilan telemovie, drama dan sinetron yang bercorak kesedaran dalam kehidupan beragama. Malaysia kita pula tampaknya lebih banyak membawa masuk sinetron tersebut sebagai hidangan kepada rakyatnya yang masih banyak yang suka berhibur.

Jika diperhatikan dari sudut yang positif, satu perkara yang paling saya pasti ialah kebanyakan sinetron yang berunsur dakwah ini banyak menerapkan pengajaran kesabaran dalam nilai yang paling tinggi. Mana tidaknya, jika watak jahat seringkali berkuasa dan menindas si baik. Yang baik pula seolah nampak tidak punya kuasa untuk melawan kembali akan perbuatan si jahat. Terkadang kita yang menonton akan merasa geram , kenapalah yang baik itu begitu baik sangat sehingga menahan apa sahaja yang diperlakukan oleh si jahat tadi. Yang ada hanya doa, doa, doa dan kesabaran.

Namun setelah ditimbang barulah kita sedar bahawa penerapan nilai kesabaran itulah yang mahu diterapkan agar kita boleh mengaplikasikan kesabaran walau apa jua yang berlaku. Kerana kesabaran itu paling dekat dengan taqwa!
Reblog this post [with Zemanta]
| edit post

Apabila Manusia Mencuri Dalam Solatnya Sendiri

Edited By NKS On Sunday, June 21, 2009 0 Komen

London Central MosqueImage by Tawel via Flickr


Bersabda Junjungan s.a.w. yang mafhumnya berbunyi

Seburuk-buruk kamu adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, Siapa yang dikatakan mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab . Orang yang tidak rukuk dan sujud dengan sempurna.

Saudara yang dikasihi. Hakikatnya solat yang kita buat bermula dari wuduk hinggalah doa selepasnya adalah satu perbuatan yang memerlukan ketenangan dan kestabilan. Bolehkah saudara bandingkan dengan tabiat pemakanan seorang manusia, Adakah makan dengan gelojoh dan tidak teratur itu bisa membuatkan orang yang berada disekeliling merasa senang dengan perbuatan tersebut. Adakah dengan tata cara makan yang sebegitu dianggap cara terbaik walaupun pada orang yang memakannya?

Solat pasti memerlukan ketenangan. Dimanakah unsur keistimewaan solat jika aspek tenang dan damainya tidak diambil peduli. Kita bersolat bersama perasaan kita. Gerak tubuh badan orang yang bersolat itu sahaja sudah dapat membayangkan keadaan hatinya. Jika khuduk (tetap diam, fokus) tubuhnya, maka kita dapatlah mengagak keadaan hatinya yang mungkin khusyuk. Jika semborono, maka itu jugalah yang dapat kita rumuskan tentang solatnya ketika itu.

Solat yang baik dengan gaya tenangnya , pasti meredupkan mata yang melihatnya. Jika tidak maka sakitlah mata dan hati yang memandangnya. Dalam satu riwayat dengan jelasnya menyatakan bilamana seorang yang bersolat sambil diperhatikan oleh Baginda s.a.w disuruh ulang kembali solatnya beberapa kali. Ini kerana Rasul s.a.w. ternyata tidak berpuas hati dengan gaya solat yang tidak menekan nilai tenang (tomakninah) dalam amalinya. Itu yang kita nampak secara luaran dan zahir. Oleh sebab itu yang luarannya pun sama penting bagi membetulkan aspek dalamannya pula.

Di dalam bandingan pertimbangan terutama semasa menjadi imam dalam solat. Aspek ketenangan mesti diambil kira. Agar makmum selesa dan tidak terkejar-kejar dalam ibadah yang dilakukan secara bersama. Jika tidak, tanggungjawabnya terpulang kepada bahu imam yang memikul beban tersebut.Bayangkan jika imam sudah sampai ke sujud ke dua manakala makmum baru bangun untuk iktidal. Persoalan di sini bukan kerana makmum yang lambat akan tetapi kerana imam yang rukuk dan sujud dalam masa 5 saat/per rukun.
Reblog this post [with Zemanta]

Majalah Mahir: Satu Kemestian Memilikinya

Edited By NKS On Saturday, July 12, 2008 1 Komen


Memang bagus sangatlah Majalah Mahir ini. Sesuai untuk semua terutamanya golongan macam yang mencintai bahasa arab.

Kita kena beri sokongan pada lahirnya majalah ini dengan cara melanggan dan membelinya. Selain untuk simpanan peribadi...boleh jugak letak kat sekolah atau untuk anak anak kita. Isi kansungan menarik dan bahasa mudah.

Sumber : ArasMega SB

Soalan Munkar Nakir: Siapa Saudaramu?

Edited By NKS On Sunday, July 06, 2008 0 Komen



Situasi Satu. Kita pergi ke masjid pada setiap waktu solat. Kita solat secara berjemaah. Berapa orang yang kita salam sepanjang berada dalam masjid. Berapa banyak yang kita salam sambil merenung muka dan anak mata secara mesra dan penuh erti persaudaraan? Contoh lain seperti selepas doa. Siapa yang terlebih dahulu menghulurkan salam? diri kita sendiri atau kita hanya menunggu orang menyua tangan kepada kita, barulah salam terjadi? Jika tidak, mungkin tak bersalam nampaknya kita apatah lagi bertanya khabar sesama saudara kita.

Situasi Dua: Kita punyai ramai sanak saudara kandung. Kebanyakan orang begitu berbangga punyai saudara yang ramai. Pendek kata, makin ramai saudara, makin senang kerja. Nak buat rumah sebagai contoh, ada saudara yang kerja bank, kerja kerajaan, kerja arkitek mahupun buruh, Semua pakai kabel saudara. Tetapi sejauh mana kita gerakkan diri kita untuk bantu saudara kita yang lain. Yang miskin, yang papa, yang hidup susah di ceruk kampung, yang sakit, yang yatim piatu, yang melarat, yang ditindas? Mungkin kita jarang fikir semua ini apatah lagi nak membantu.

Situasi Tiga: Kita dalam perjalanan ke suatu destinasi. Kita tidak terburu dan tiada apa yang hendak kita lakukan kecuali berjalan jalan dan makan angin. Tiba tiba kita terserempak dengan saudara kita yang ditimpa kecemasan di jalan raya dan perlukan bantuan. Mungkin kemalangan atau paling kurang, motornya kehabisan minyak atau boleh jadi hanya tayarnya pancit. Siapa yang akan berhenti seketika dan memberikan bantuan? Dewasa ini mungkin ramai yang tak berani beri bantuan kerana takut ada muslihat disebaliknya. Tetapi kalau betul saudara tersebut memerlukan bantuan, Dimana kita waktu itu?

Situasi Empat:
Seringkali kita bermuka muka dengan saudara kita. Dihadapan kawan lain kita mengata dia. Dihadapan dia, kita diamkan sahaja atau memuji memuja dia seolah kitalah yang setia bersamanya. Dimana perasaan mahabbah kita pada saudara kita. Dibelakang dia, kita menikamnya sendiri tanpa kita sedari.

Situasi Lima: Kita sering mendengar kesusahan saudara kita merata tempat di dunia. Kita menlihat dan mendengar berita seperti nasib saudara kita di Palestin sebagai contohnya. Tetapi sejauh mana kita berusaha memberi mereka tahu yang kita ini jenis saudara yang boleh diharapkan. Sejauh mana usaha kita membantu meringankan beban nasib saudara kita yang tak terbela? Pasti kita akan ditanya di Sana nanti mengenai peranan kita. Pasti, setiap diri.

Situasi Enam: Dalam phonebook handphone kita begitu banyak nama yang kita simpan dari kenalan kenalan kita. Jadi berapa kerat saudara yang kita hubungi dan bertanya khabar walau dengan satu sms? Adakah nama tersebut memang kita selalu hubungi atau kita simpan sekadar untuk memenuhi storage phonebook tersebut? Benar kita kerap menghubungi orang yang kita gelarkan sebagai saudara kita? berapa kerap? harian? bulanan? tahunan?